DONUT UBI KENTANG
sumber: Nurul Hafez@MyR
Bahan-bahan ( 3 0rang makan )
2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir
Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan